Kemahiran dan latihan Mekanik_basikal

Kemahiran terbabit dengan mengekalkan basikal lumba dan basikah khusus yang lain pastinya melampaui garis asas yang disenaraikan dalam “ringkasan pekerjaan” New York. Pendidikan terkenal yang menawarkan latihan lanjut bagi mekanik basikal termasuk Institite Basikal United (“United Bicycle Institute” Ashland, Oregon dan Institute Basikal Barnett (“Barnett Bicycle Institute”) di Colorado Springs. The Park Tool Co., pengeluar perkakasan mekanik basikal yang terkenal, memiliki program latihan outreach yang dikenali sebagai Park Tool School yang terdapat di kebanyakan kedai basikal tempatan, diajar oleh kaki-tangan kedai basikal tempatan dengan bantuan bahan latihan dan buku pandual dari Park Tool.

Satu jalan biasa bagi memasuki perniagaan ini adalah dengan bermula sebagai Pembina basikal atai pemasang di kedai basikal tempatan. Kerja ini mungkin dari bermula dengan hanya memasang bahagian dari kilang (memasang tayar dan pemegang) kepada pembinaan lebih lanjut di mana kesemua system disuaikan ke tahap kualiti tertentu. Jenis pembabitan dalam pemasangan berbeza dari kedai ke kedai.